Hari ini saya dapat berita sedih.
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak berjaya
menambah satu semester pinjaman dari TAPEM a.k.a
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka.
Sebulan sebelum surat jawapan diterima,
saya berusaha menyediakan surat2 penting
sebagai sokongan kepada kepala surat.
Surat pengesahan pelajar, surat tawaran ke **** untuk pertukaran pelajar, dan juga surat penhabisan pelajaran di universiti.
Segalanya disiapkan dengan rapi.
Selepas sebulan iaitu hari ini,
surat jawapan tiba dengan menyatakan sebab2 permohonan saya ditolak:
"sebab peribadi, mengulang matapelajaran,
menggugurkan mata pelajaran dan sebagainya."
Apa yang penting di sini,
sebab seperti "menyertai program pertukaran pelajar yang dianjurkan universiti" adalah ditolak sama sekali.
Kepada rakan2 yang sedang menggunakan khidmat TAPEM,
adalah diingatkan bahawa jika anda berada dalam situasi saya,
anda tidak perlu menghantar surat permohonan,
melainkan sebab2 anda adalah
"atas keperluan pihak Universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi sahaja"
Malangnya, program pertukaran pelajar saya ini
adalah program anjuran universiti.
Agak2nya, TAPEM MAHU KEPALA SURAT UNIVERSITI SAYA?
kalau saya guna kepala surat uni saya,
berapakah kebarangkalian permohonan saya diterima?
MESTI 100 PERATUS KAN?
Slogan peringataan untuk TAPNM / TAPEM:
"RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
sabar
3 hours ago
2 コメント:
takpa pana. ada hikmah di sebalik kejadian. tapi kalau boleh appeal, appeal lah. boleh mintak tolong uni tolong gak tak?
Kak Oja, ya, saya pun terfikir mahu minta uni tolong. tapi pening ni mahu fikir bagaimana mahu mula.
Post a Comment