Sudah lama saya tidak terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Hari ini selepas balik sekolah saya sudah mengalaminya!
Selamat datang rasa gelabah dan takut!
(macam gembira saja di samping sedih)
hihihi
Hari ini pergi kerja saya tak bawa kenderaan sendiri.
Saya bawa kenderaan kawan saya kerana beliau yang minta tolong.
Kereta itu boleh saya bawa tetapi semasa mahu melintas jalan,
kereta tiba2 mati enjin.
Saya dengan tidak tengok belakang, terus biar kereta mengundurrr
kerana takut kereta dari arah kanan terus jalan tidak nampak kami yang kerdil ini...
BAM!
Bontot kereta terlanggar nombor plat kereta besar mewah di belakang.
Syukur, tiada kemalangan nyawa di situ.
Hanya nombor plat kereta encik itu yang patah.
Nasib baik nombor plat, bukan bumper kereta besar mewah itu yang tertanggal.
Saya meminta kemaafan dan mengaku bersalah dan
berjanji membayar ganti rugi yang akan disebut oleh encik itu.
Saya hormati encik itu sebab beliau sangat baik dan
tidak menengking marah memaki hamun saya.
Saya juga telah meminta maaf kepada kawan saya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Encik itu adalah kontraktor yang memiliki darjah Dato'.
Sebab beliau sudah tua dan beristeri,
saya tidak yakin yang beliau calon masa depan saya.
Mungkin tiba2 beliau terfikir mencarikan menantu yang
tidak tahu memandu tapi tahu buat sushi roll dan moe?
Mungkinkah saya calon menantu beliau?
Dan melihat kepada perwatakan beliau,
mesti beliau ini memiliki anak lelaki yang kulit putih,
rambut lebih lebat dan tinggi dan cantik dipandang mata!
Mungkin juga keluarga beliau keluarga baik2?
Sebab sebelum berpisah, encik itu berkata:
"tulah, tak baik keluar maghrib2 ni"
Pengalaman pertama di Oral Surgery, Muar.
8 hours ago
1 コメント:
pana. for a moment. aku keliru ini cerita kamu eksiden ke atau cerita kamu sedang berfantasi monolog sendirian bermimpikan putera raja.
tapi nasib baik tiada sape cedera.
Post a Comment