pemandu tetap vs penghantar budak

Saya rasa saya sudah jadi macam pemandu bas sekolah
yang membawa kanak2 pulang ke rumah.
Tapi jangan ingat saya jadi pemandu dengan percuma.
Semuanya tidak percuma di dunia ini.
Jika anda mahu kesenangan, anda perlulah korbankan sesuatu bukan?

Kes 1
Saya: budak, jom kita buat deal.


Budak: deal apa, cikgu?

Saya: nanti awak boleh ikut cikgu bila balik saja. bila nak pergi sekolah, awak kena naik dengan transporter awak. sia-sia saja ibu awak bayar transporter tapi awak tak naik dengan dia. Jadi, hari yang awak naik dengan saya, awak kena belanja saya air kotak.
(air kotak seringgit)


Budak: boleh boleh!

sejak hari itu, dia akan belanja saya air kotak.

Kes 2
Budak lain: teacher, can I have your number? my father asked if you can drive me back and forth to school. He will pay you RM60 every month.

Saya: really? is it ok with you because I return home late.

Budak lain: it's ok. I tell my father.

Saya terus bagi nombor telefon dekat dia.
Saya mengambil kesempatan?
Apa salahnya mengambil kesempatan.
Hidup ini penuh cabaran. Kita tidak boleh sia-siakan peluang yang ada.
Perkhidmatan mengambil dan menghantar budak juga satu peluang.
Dan itu adalah pekerjaan sambilan saya.
Hihihihihi.

Daripada kerja sambilan dekat Mydin, baik jadi penghantar budak kan?

0 コメント: